12 Jun 2010
Tengahari tu sekitar jam 1.30 ptg, kami berlima bertolak dari umah ke Jeti P.Redang di Taman Syahbandar, K.Terengganu untuk beli tiket feri awal [Feri bertolak jam 3.00 ptg]...Papa dah beli tiket feri untuk 5 orang (4 dewasa -RM20 & sorang Kanak2- RM15 [bukan harga pelancong tp dengan mendapat harga tawaran maybe harga Guru])

Sekitar Jam 3.00 ptg, kami semua menaiki feri menuju ke PULAU REDANG! Perjalanan selama jampir 1 jam 45 minit bagaikan tidak terasa


[Taman Laut Pulau Pinang, Redang]

Setibanya di Jeti Pulau Redang..Kami menaiki motosikal yang ditinggalkan Papa secara bergilir untuk ke tempat penginapan kami iaitu Kuarters Guru Sek.Keb Pulau Redang

[Pantai Dalam, Redang]

Setelah berehat seketika di Kuarters, Papa mengajak kami ke Pantai Dalam, berhampiran Berjaya Redang Resort menaiki dua buah motosikal coz perjalanan agak jauh...
Suasana cukup menarik, pasir yang putih lembut bagaikan baldu, air yang jernih & persekitaran yang di kelilingi bukit bukau...


[Pantai Dalam, Redang]

Suasan menjadi meriah apabila beberapa keluarga mandi-mandi bersama...kelihatan terdapat sekumpulan belia mendirikan khemah di sini....dah ada juga mat moto di sini..haha!


[Taman Laut Pulau Pinang, Redang]

Dah penat mandi-manda, kami pulang ke kuarters & malamnya Papa membawa kami melawat 'pak guard' Sek.Keb.Pulau Redang...
nite