13 Jun 2010
Keesokan harinya, selepas sarapan..aku main game SPORE jer (since aku bawak laptop ke sana..nanti balik jeti terus ke kelas.), Mama tengah kemas umah, Papa lak tengah masak & buat sandwich...


[Jeti Pulau Redang]

Sekitar jam 9.00 pg kami bertolak ke jeti menaiki motor...Kelihatan ramai pengunjung beratur menaiki bot masing2, kami pula sedang menunggu bot tempahan (telah di atur dengan bantuan 'pak guard' skolah Papa dapatlah harga tawaran RM25/perhead untuk ke Marine Park, Redang sahaja..)


[Taman Laut P.Pinang, Redang]

Dengan menaiki bot kecil lebih kurang 5 minit, sampailah di Marine Park,Redang...Adalah perubahan skit 'since last time i was here....'
Rehat kejap pastu adik bongsu aku dengan 'excited' nya ajak Papa 'snorkelling'..kemudian Mama, aku & adik pompuan bongsu aku turut serta 'snorkelling'..

Musim cuti sekolah memang di penuhi pengujung berkeluarga...Bak kata 'pak guard', snorkelling kang kick-boxing r""..since ramai sangat pengunjung masa snorkelling tu sampai tak sedar tertendang orang di belakang..


[Taman Laut P.Pinang, Redang]

Pesisiran pantai tu memang takde pape untuk snorkelling, hanya pasir & ikan biasa jer...so, untuk mendapatkan view snorkelling yang lebih menarik kena berenang ke tengah (tetapi masih dalam kawasan snorkelling)..barulah nampak batu karang berbentuk meja, bercabang2, nampak ikan warna warni...


Aku snorkelling mulanya bersama adik pompuan bongsu aku...kemudian Mama, Papa, Adik-adik bongsu & aku snorkelling bersama-sama...Aku memang tak selesa snorkelling dengan pakai life jacket (since aku suka berenang dan menyelam)..Life jacket hanyalah sebagai pelampung aku...jadi dapatlah aku 'Skin diving' (menyelam tahan nafas)..rasa lebih bebas dalam air.


[Taman Laut P.Pinang, Redang]

Adik pompuan, Mama & aku dah keletihan snorkelling, Papa lak layan kerenah adik lelaki bongsu aku jer yg 'over-excited' nak snorkelling....Setelah salin pakaian kering di surau Taman Laut, kami pun berehat di bawat pohon nyior sambil di ulit bayu laut...
Bertolak balik ke Pulau Redang (Pulau Utama) sekitar jam 2.00ptg.


Semua balik kepenatan petang tersebut, tersedar petang tu nampaklah Guru Besar & Keluarga tiba di kuarters tersebut (satu umah ngan Papa)..

Lebih kurang jam 5.45 Ptg, Papa membawa kami ke Pantai belakang Berjaya Beach Resort..
Suasana pantai di kelilingi bukit membentuk lagun yang sesuai mandi manda kerana air yang cetek...



[Pantai Berjaya Redang Resort]


[Pantai Berjaya Redang Resort]


[Pantai Berjaya Redang Resort]
Ketak batu yang aku berusaha tangkap..(hidup lagi tu..)

Aku pun turut mandi bersama adik lelaki bongsu & Papa...Mama & adik pompuan hanya lihat dari pantai dan batu.


[Pantai Berjaya Redang Resort]

Air di sekitar laut memang jernih, perlulah bawah goggle & snorkel untuk snorkelling di sini..Di tepian batu terdapat rumpai laut, jadi terdapat jugak ikan dan gamat.


[Pantai Berjaya Redang Resort]
Spesis gamat yang aku temui di celah batu...

Suasana semakin gelap, masing2 beransur pulang...

14 Jun 2010
Bangun awal pagi coz feri di jadualkan bertolak Jam7.00pg...Setelah kemas-kemas, kami bertolak ke Jeti untuk menaiki bot ke darat dengan kadar tambang yg sama kami perolehi (RM20 utk Dewasa, RM15 utk Kanak2)

Tertarik sunrise dari laut tetap diabadikan dalam photo....


Setibanya di Jeti, aku terus siap2 untuk ke kelas
BYE-BYE REDANG