18 June 2010
Classmates (2 orang ) dan aku telah pergi ke Kemaman (3 jam lebih dari K.Terengganu) bagi menyertai TM Kick Challenge (dengan gigihnya)..SO, Kami bertolak dalam jam 8 Pagi dari K.Terengganu dan tiba di sana dalam jam 11 Pg di Padang Astaka, Kemaman, Terengganu.


TM Kick Chanllenge sudah pun bermula...Kelihatan agak ramai orang tapi tak la sampai sesak...maybe coz tengahari jumaat kot....


TM Kick Challenge ni memerlukan peserta untuk menendang sebanyak mungkin bola dalam gol di sediakan dalam masa 2 Minit...Menurut pemerhatian aku, 2 minit tu agak lama woo~~ ada brader mula2 nampak macho, tegap jer...tapi bila dah 1 minit tendang bola dah tak larat dah..Setiap peserta perlu membayar/membeli kad i-talks RM10 untuk masuk game ni....

Tapi kebanyakkan peserta tak berapa puas hati kerana sepanjang 2 minit kontest itu berlangsung (setiap peserta), penjaga bola dan sekitarnya sibuk jer nak melintas depan la, nak passing2 ikut depan la...memang kacau dan tidak adil bagi peserta coz penjaga2 mengganggu peserta.


Salah sorang clasmate aku yang masuk contest ni..menurut beliau, sebanyak 32 gol berjaya di masukkan dalam masa 2 minit...classmate sorang lagi aku tak sempat amik gambar coz aku blurr nak amik video dengan hanset beliau (tapi malangnya tak dapat record video...huhu! sori!)

Setelah dua2 classmate tu pun dah berpeluh (aku pun turut panas-cuaca-), kami pun beransur pulang dan singgah di Mesra Mall, Kertih.(di samping classmate tu belum jejak kaki di sana lagi)..Sambil menyejukkan diri dalam sana, kami pun turut berwindow-shopping....

Petang tersebut kami singgah di Restoran Nasi Kukus Paka (terdapat juga beberapa cawangan Nasi Kukus Paka ni...i.e: Mayang Village, Mydin Mall)


[Nasi yang tengah di kukus]


Nasi kukus bersama ayam berempah dan kuah kari dal (gitu la kot)
Masa aku bayar nasi kukus + air tea O limau ais = RM7.20...agak mahal la kan macam harga nasi beriyani jer..(tapi lebih kurang jer ngan nasi beriyani..sebab tu la harga camtu kot....)