Semalam nasib moto ku kurang bernasib baik...Selesai jer kelas untuk Modul 1 (Communication Skills, Effective Presentation Skills & Negotioation Skills). Aku pun beredar ke Cafe untuk makan tengahari yang di sediakan untuk pelajar BEST.

Dengan berlagak 'Cool' nya aku menaiki moto dan bergerak ke cafe...Tetiba moto aku menjadi tidak stabil di bahagian belakang...Lantas dengan was-was nya aku memberhentikan moto untuk memeriksa tayar belakang....

Adoiii..Alamakk! tayar ku pancit!! secara tiba2....



Nasib baik 'classmate' aku 'follow' dari belakang dan memberhentikan motonya...Dengan moto beratnya, aku heret motoku ke bengkel berdekatan (dalam kolej gak). Panik seketika camne la nk tukar tiub motoku itu...huhu~~ Dah la Kolej ni jauh dari kampung dan pekan terdekat....*sigh~

Dengan bantuan 'classmates' aku belikan tiub moto di kedai luar dan memiliki kemahiran menukarkan tiub motor....Akhirnya, tiub moto yang tertusuk paku berkarat itu berjaya di tukar dengan kurang jayanya kerana aku masih mencari pam untuk mengembangkan tiub moto itu supaya lebih 'montel' untuk motor aku satu-satunya....

p/s: updated dalam kelas di Kolej TESDEC dengan bantuan WiFi (limited dalam kelas jer...)