[Entry tertangguh di tidak di taja oleh memana produk makanan dan perikanan serta sayuran]

Inilah SARDIN cara saya! Cara anda?????

Macam iklan Maggi tak? hahhaha!! leh dah jadi duta sardin ni...body aku pn macam sardin per...haha!!

Pada hari aku masak ni ialah hari 'parent' aku tiada di rumah..So, aku masak untuk adik-adik aku jer la..aku kan ABANG MITHALI (sengaja CAPSLOCK+BOLD+COLOR).. Mama aku dah naik bas ke KL melawat anak sedaranya yang 'exciden' kecil..Balik Ahad pagi...Papa lak dah balik ke Pulau Redang coz ada keje hari selepasnya....

Ini adalah menu makanan tengahari/makan malam kami, pada mulanya aku cuma nak masak SARDIN campur ngan AYAM...Ntah camne bila aku campak-campak segala bahan mentah tersebut jadi macam kuah spagetti lak....lagipun memang aku dah beli awal-awal "Mee Vegetarian" (bukan mee spagetti tu~)...
Kononnya nak wat satu lauk tapi 2 menu..Boleh di makan bersama mee / nasi....Dah suruh adik aku tanak nasi tu..tapi tak luak lak...mee tu jer habis...



Bahan-bahan mentah yang 'basic' jer...semestinya SARDIN, sos tomato, mixed vege, ayam di potong kecil, bawang kisar



Sungguh menyelerakan..
Inilah SARDIN cara SAYA!! hehe!

Seriously, memang habis licin kuah yang aku wat coz sampai aku menjilat jari...!

Oleh kerana nasi tadi tidak luak*, so aku masak Nasi Goreng Cina jer....(Guna perencah jer coz malas nk wat secara tradisional)

luak* = Habis