Sudah beberapa 'entries' aku citerkan pasal program BEST ni...(Biotechnology Entrepreneurship Special Training..)..Jadi pada hari yang di nanti-nantikan iaitu hari ni 22 April 2010...Aku berkemas bagaikan budak sekolah nak kembali ke hostel.....
Dengan menaiki moto selama lebih kurang 30 minit, tibalah di Kolej TESDEC, Marang, Terengganu (Terengganu Skills & Development Center)

Melihat muka-muka yang 'familiar' semasa 'interview' dulu, terus naik masuk ke bilik kelas untuk pengenalan & pendaftaran...Pelajar BeST hampir 30 orang (8-9 daripadanya LELAKI)
[BeST ditawarkan untuk lepasan ijazah sahaja]



Pagi itu sudah bermula sesi suai-kenal, perasmian oleh CEO TESDEC, dan pengenalan mengenai BIOTECH oleh penceramah, Dr.Nall Ph.D (Perempuan) dan Miss Fara dengan bantuan Staff TESDEC & BIOTECHCorp.

Sepanjang kelas itu berjalan agak memberi pengetahuan, motivasi dalam menempuh alam pekerjaan dengan lebih bersedia...
Elaun, kemudahan asrama, makan tengahari & 2-tea-breaks.

Selepas rehat makan tengahari, semua pelajar di tempatkan di asrama/bilik masing..Oleh kerana LELAKI ada 8 orang, jadi, 4 orang Sebilik...



Kembali menjadi "College Boy"

Ada bertanya, kenapa tak sambung M.SC jer (Master in Science)...

Aku sedar kemampuan diri aku sendiri dan aku harap dengan pendedahan di alam pekerjaan nanti dapat memberikan aku matlamat untuk mengkhususkan kepada bidang yang berpotensi dalam M.SC di masa hadapan. Aku hanya perlukan lebih pengetahuan, praktikal, pengalaman, kemahiran di alam sebenar..Tidak hanya di alam kampus~

Nanti bila dah senang, ada duit dalam poket, hilang minat belajar lak....

Minat itu bergantung pada individu, jika dia ingin memajukan diri dia..dia akan berusaha untuk mencapai lebih baik dari sekarang..Jika dah ada duit, pembiayaan lebih mudah....Tidak seumur hidup dibelenggu hutang/pinjaman sahaja [-ulasan skit dari kata-kata Dr.Nall-]