Semalam macam biasa tak dapat tido melayan drama ni...(i'm kinda' addicted to this drama)
Kul 4 pg baru mula untuk lelapkan mata dan bangun jam 7.25pg...(3jam 20 minit tido!!)
Selepas melakukan aksi senaman ringan pepagi cergaskan badan bagi mengelak keletihan kekurangan tido..terus bersiap-siap MTeST....

Sampai jer sana.Sek.Men.Keb.Padang Negara, Batu Buruk, Terengganu...bertanyakan pengawal tempat ujian tersebut dan kelihatan sudah ramai dalam dewan tersebut...

Tempat duduk aku 2 dari hadapan..(hadapan skali memandangkan tempat duduk hadapan aku tu kosong jer...)

terdapat 5 bahagian soalan, setiap bahagian di beri masa 30 minit..

1st soalan yang aku dapat, Verbal...Bila buka jer kertas soalan & baca arahan aku fikir...
"apa punyer soalan ni? apa soalannya?? apa arahan dia? tak faham....arghhh!!"
seriously, sepanjang aku belajar PTS, UPSR, PMR, SPM, MATRIK, DEGREE...tak pernah jupe soalan camtu...dia bagi arahan kurang jelas.
..25 soalan = 30 minit....hentam jer!!

then, analitikal; 20 soalan = 30 minit
(!@#$%^&*(!!!!!!!)
Bahasa Inggeris; 25 soalan=30 minit
(grammar, perbetulkan ayat..cari kesalahan ayat...#$%^&!!!)
Kuantitatif; 30soalan=30minit
(soalan matematik...x faham soalan, x faham jawapan...banyak soalan tak sempat nak kira btol2...hentam lagi!!)
INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan); 135 soalan=30minit
(soalan inventori jer..jawab secara spontan..lebih kurang soalan kaunseling...)


p/s: aku fikir...apa punyer soalan ni? apa yang dia nak tanya? Masa degree dlu pun aku amik subjek elektif Bahasa Melayu Ilmiah..kira boleh la skit-skit....

p/s/s : selepas penjaga mengumumkan semua calon boleh beredar, aku jenguk belakang dan lihat serta menganggarkan kurang daripada 20 orang calon lelaki dalam dewan tersebut..!!