Aku baru tahu berita ni jam 2:00AM; 31 Mac 2010...huhu! betapa tak baca suratkhabar nya aku ni...well, sebagai seorang rakyat terengganu + bekas pelajar UMT a.k.a KUSTEM merasa agak kecewa dengan berita ini....[selanjutnya]

Bangunan UMT runtuh: 1 maut, 4 cedera

-Berita asal dari Bernama+komen penulis blog ni-

KUALA TERENGGANU, 29 MacSeorang buruh warga Bangladesh maut, manakala empat lagi rakannya cedera apabila para besi bagi pembinaan bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Universiti Malaysia Terengganu (UMT) runtuh dalam satu kejadian petang ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Pauzan Ahmad berkata buruh terbabit tertimbus dalam konkrit simen yang masih basah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya empat rakan mangsa dilaporkan cedera termasuk seorang cedera parah akibat dihempap dan terjatuh dari para besi yang runtuh ketika kesemua mangsa sedang melakukan kerja-kerja pembinaan konkrit tangki air dan membancuh konkrit di bangunan itu pada kira-kira pukul 5.10 petang.bukan ker orang habis kerja kul5ptg?
Bagaimanapun, identiti kesemua mangsa belum diperolehi, katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

“Ketika sedang melakukan kerja-kerja menyiapkan tangki air di tingkat empat bangunan itu iaitu di ketinggian lapan meter, para besi yang diduduki oleh beberapa pekerja tiba-tiba runtuh bersama konkrit tangki air yang masih belum keras. kalau lah konkrit tu masih belum keras...kenapa lah mereka duk situ?.
“Konkrit bersama para besi itu kemudian menimpa beberapa orang lagi pekerja Bangladesh yang sedang melakukan kerja-kerja membancuh simen di bawah,” katanya.dah kul 5 lebih dah...masih wat keje ke...kalau cuaca hujan/lembab..kenapa masih bancuh simen lagi?
Pauzan berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Anggota penyelamat terdiri daripada polis, bomba, dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) masih berada di tempat kejadian sehingga pukul 8 malam ini untuk menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat jika terdapat mangsa yang masih tertimbus ekoran kejadian itu.

Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur UMT setinggi empat tingkat itu mula dibina pada 15 Dis 2008 dan dijangka siap 18 Oktober tahun ini.

Seorang saksi yang juga juruperunding untuk projek berkenaan Sharif Dollah, 30-an berkata beliau berada di kawasan berhampiran apabila tiba-tiba terdengar bunyi runtuhan.

“Saya nampak beberapa orang pekerja Bangladesh terjatuh dari para besi yang runtuh itu, dan apabila menghampiri tempat kejadian saya dapati mereka telah berlumuran dengan simen yang masih basah dan ada yang berdarah,” katanya.

Beliau berkata, ketika kejadian terdapat kira-kira lapan orang pekerja Bangladesh sedang melakukan kerja-kerja di situ.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said turut melawat tempat kejadian sejurus selepas menerima maklumat tentang kejadian itu.

Beliau melahirkan rasa sedih terhadap kejadian itu dan menyifatkan ia berpunca daripada kecuaian pekerja itu sendiri. siapa yang menjadi mandur? siapa yang jaga pekerja tersebut?siapa bos? siapa tetapkan peraturan?kita Malaysia..pekerja asing kena ikut peraturan Malaysia!
Sehubungan itu, beliau menasihati pekerja-pekerja pembinaan supaya mengutamakan aspek keselamatan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kejadian hari ini. — Bernama

"Apapun, memang negeri Terengganu sesuai digelar negeri runtuh. Selalu je bangunan runtuh ada kat negeri penyu ini. Nasib baik tiada mahasiswa yang cedera. Kalau tak, heboh satu Malaysia yang kontraktor yang bina bangunan itu berstatus cap ayam. Itulah bahananya kalau tak guna tender terbuka, syarikat RM 1 pun boleh dapat projek kalau baik dengan pemimpin negeri.
"
SOURCE#2 (news) : http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=486345

SOURCE#2 (photos) :http://syafiq.net/2010/03/29/banggunan-umt-runtuh/

FAKTA CARTA SIJIL PEMASANG PERANCAH:
(hanya WARGA MALAYSIA SAHAJA..)
Untuk memasang besi-besi scaffolding pada bangunan/binaan..pekerja tersebut (scaffold erector/ pemasang perancah)
(
)
mempelajari dan lulus serta mendapat sijil daripada CIDB (Construction Industry Development Board Malaysia) atau mana2 pusat pengajar yang diiktiraf JKKP Malaysia
(3 PERINGKAT: Asas, Pertengahan & Tertinggi)
(Pertama mohon : Sijil Asas)
(Sijil pertengahan & tertinggi mengikut tempoh pengalaman bekerja)
(Hanya sah dalam tempoh 1 tahun sebelum berdaftar dengan JKKP)
)
(
Kemudian, berdaftar dan mendapat Sijil Pengendali Perancah dengan JKKP (Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan) .
(Sijil sah sehingga tempoh tertentu)
SOURCE [..tak mau komen..]
REFERENCE : http://www.dosh.gov.my
http://www.cidb.gov.my/v6/
PUSAT PENGAJAR KURSUS PENGENDALI PERANCAH YANG DIIKTIRAF JKKP
DOWNLOAD PDF