- 13 Feb 2010 -
Perkelahan di Pantai Pandak, Chendering Terengganu iaitu salah satu kegemaran aku di masa lapang...Sudah menjadi hidangan wajib -sandwich- untuk sesi perkelahan oleh 3 orang jejaka menikmati alam di pesisiran pantai berbatu ni....

Pantai ni juga menjadi salah satu lokasi penggambaran cerita "Merong Mahawangsa" (klu tak silap la....)...AKu geram giler bila tengok diorang pacak2 tiang atas batu tu...sampai rosak skit struktur alam tu..huhu...
Tambahan di musim cuti ni, memang ramai pengunjung menikmati pantai terengganu ni..maklumlah..dah duk merantau..mana la nak sama pantai negeri sendiri...


Kami cuma menikmati alam di atas batu-batuan yang indah terukir dengan ukiran alam...sambil menikmati hidangan 'sandwich' serta minuman...


Dengan penuh keazaman dan keyakinan, aku memakai dua lapis pakaian dengan niat ingin mandi pantai...melihat pada waktu dan suasana memang tak sempat...selesai makan sudah hampir terbenam mentari membawa bersama cahaya siang...air laut pula pasang..memang tidak sesuai untuk bermandi-manda...


Kami berlalu pulang..walaupun tidak sempat untuk aku menikmati sepenuhnya alam pantai dengan pepasir yang halus bak baldu menyeliputi kakiku...ombak yang menepuk badanku bagaikan menyambut kedatanganku ..

p/s : dah malas nk letak 'watermark' kat setiap pic...huhu