Semalam gi deposit ATM jap & singgah pekan jap beli surat khabar, farmasi beli antibiotik untuk luka...
Lepas jer 'lunch' sambil belek2 Mingguan Malaysia menunjukkan iklan KPLI-SR untuk lepasan sarjana muda dah dibuka mulai 8-21 Feb.2010...Terus telan 1 biji antibiotik luka + 3 biji ubat ***.. Dalam 2 jam selepas tu aku mula rasa lain macam...hembusan nafas mula rasa macam suam...

Sepetang itu badan mulai beransur panas, sehinggalah ke malam...badan semakin panas...dalam jam 11:00 malam, mulai masuk bilik selepas layan Vampires Diaries S01E13....(lebih awal dari kebiasaan jam 12 mlm lebih baru masuk bilik....)

Mula baring atas katil dengan dua lapis selimut, badan rasa amat panas sehingga aku rasa aku akan mati akibat demam panas yang amat sangat...haha! (aku rasa suhu badan melebihi 40 darjah celsius) Selesai je layan Supernatural S05E13, aku terus off laptop (biasanya aku terus on laptop sampai keesokkan pagi coz tengah download..)

Badan terasa amat panas lagi sehingga nyamuk pun tak berani nak gigit, tekak terasa haus....jam menunjukkan 1.37 Pagi...mama pun belum tido lagi...Gi bilik air jap, buang air kecil pun terbau ubat yang aku telan tadi...proses penyingkiran toksin mula berlaku dalam badan...aku cuma perlu minum air dan buang air untuk penyingkiran toksin tersebut....

Selepas minum air segelas terus masuk tidur, kepala sedikit sakit, tapi panas semakin berkurang....syukur ler....alhamdulillah....

Bangun je hari ni dengan badan berpeluh-peluh...dah tak panas lagi...lepas 'lunch', telan antibiotik lagi....tiada campuran ubat lagi...cuma antibiotik....

nota tertendang : pepandai jer aku wat kesimpulan keracunan ubat tanpa rujukan pakar...haha!!