Hari Jumaat lepas (12 Feb 2010) merupakan hari minggu di kawasan Terengganu, Kelantan dan Kedah....
Selaku penduduk negeri Terengganu, dan kebiasaan aku yang tidak sangat terlalu biasa melawat tempat-tempat 'bundle' di sekitar sini..Kebiasaan jugak aku gi 'bundle' Pantai Teluk Ketapang (berhampiran lapangan terbang sultan mahmud-kot-)


Mencuba pakaian 'bundle' dengan selambanya...aku suka baju ni...agak ceria dengan warna putih-oren....dan telah menjadi milikku..huahhaha!! RM2 sehelai...bundle le katakan..sesuai untuk 'low-class' macam aku..hehe!

Aku juga beli seluar trex berharga RM10...dengan niat aku nak gi jogging...selama ni aku takde sluar trex rupanya...hahhaha!!

Setelah berjalan tak seberapa jauh, perut sememangnya lapar ke-gastrik-an...menyinggah le kami ke kedai akak jual 'nugget', keropok & goreng pisang (a.k.a gorpis-hehehhe-)..


Mengadap pantai Teluk Ketapang, menikmati pandangan, kemeriahan kanak-kanak bermain layang2, sahabat handai lepak bersama, keluarga bahagianya meluangkan masa bersama, anak-anak kecik bermain pasir, mengutip kerang-kerangan....


Tatkala air tembikai menyusuri alur tekak yang kehausan dan keropok serta goreng pisang mengisi perutku ni....ahhh!! ni la 'dinner' ku hari ni..goreng pisang+keropok lekor+air tembikai...kenyang!