28 Februari 2010

27 Feb 2010
Saya rasa kan..brapa banyak 'entries' dah pasal pantai ni....walau bagaimanapun, saya tetap posting berkaitan pantai kegemaran saya ni..suka permandangan pantai yang menarik, pasir pantai yang halus...

tapi kali ni saya datang untuk makan sotong celup tepung dan mandi manda di pantai ni......

Sotong celup tepung yang liat...Sotong besar berharga RM6


Sentiasa di penuhi pengunjung pada hari minggu...Kat sini kami nampak ada orang wat 'rock climbing' kat bukit berhampiran

Pada waktu malamnya kami ingat nak makan kat Kedai Sup Herba tu....tapi tutup lak...kami pergi mencari kedai lain & kedai yang saya suka diorang punyer 'Chicken Chop" di NR Cafe...berhampiran jalan Airport..

Kekenyangan!

Posted on Ahad, Februari 28, 2010 by Ismiqbal Abdullah

5 comments

27 Februari 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua pembaca
Dengan ini saya ingin memperkenalkan satu
BLOG yang di uruskan oleh saya tetapi hak milik seorang kenalan.

(Click on the LINK)
BLOG ini memaparkan hasil kerja MAHLIGAI CINTA terhadap Pengantin; make-up, fotografi, pelamin dan sebagainya.

p/s : sesiapa yang selalu membayangkan suasana RAJA SEHARI ni...jemput-jemputlah melayari BLOG MAHLIGAI CINTA

p/s : BLOG MAHLIGAI CINTA ni masih dalah ubah suai....Harap sentiasa menyokong kami

Posted on Sabtu, Februari 27, 2010 by Ismiqbal Abdullah

No comments

25 Feb 2010-
Bermula 24Feb - 02 Mac 2010, bermula jam 09.39pg-10.00mlm, Terengganu Trade Center (TTC) sedang mengadakan Pameran Buku Terengganu....Dengan perasaan yang telah lama meninggalkan buku setelah habis blaja.. Terbuka lah hati jiwa raga saya untuk menyinggah di pameran ini...

Kami sampai dah kul 9.50 malam....berjalan2 sekitarnya sampai lah kul10.05mlm..Kedengaran penganjur meminta pengunjung beransur-ansur beredar memandangkan masih ramai pengunjung.


Sedang berjalan-jalan ke pintu keluar, terpandang lah majalah yang saya suka..KOSMIK & EKONOMI...walaupun edisi lama, tapi ilmunya tidak luput...harganya cuma RM1 sahaja! so, saya apa lagi...amik 4 majalah KOSMIK + 2 majalah EKONOMI....bila balik umah terus belek2 isi kandungannya memang amat berguna..antaranya e-NIAGA/BISNES ONLINE; BLOG: Kebaikan & Keburukan; STRATERGI PELABURAN; KEPUPUSAN HIDUPAN LIAR MENGANCAM NYAWA MANUSIA; MEDITASI MENGAWAL STRESS; JIKA HORMON TIDAK STABIL dan banyak lagi yang tidak saya baca lagi...(insya-allah pembacaan saya di kongsi bersama pembaca-pembaca blog ni....amin!)

*********************
Selepas ke itu dengan membawa KUPON PIZZA daripada TM, Kami pun beredar dengan perut kosong untuk makan 3 Regular Viva Pizzas ONLY RM33....


Sila menikmati pandangan yang menyelerakan sehingga menelan 'saliva' anda......hihi


p/s : thankx Mama & AhmadJoe yang sudi men'derma'kan skit sumbangan perbelanjaan ini....masing2 menyumbang! alhamdulillah!!

nota tertendang:// saya sedang mencuba 'image gallery" gadget untuk dalam 'entry'..sepatutnya 'image gallery' ni letak dalam 'java'html' widget....so, nak try letak dalam entry lak....tapi tak jadi lak bila di taip bersama...next post la....

Posted on Sabtu, Februari 27, 2010 by Ismiqbal Abdullah

No comments

24 Februari 2010

TAG--TAGGED--TAGGING
Dah lama tak main permainan 'tradisional blog' ni...
Peraturan :
(a) Tulis 23 perkara rawak (random) tentang diri anda (tak kisah ler benda tu fakta ke angan-angan ker cita-cita ker imaginasi ker tentang 'body' ker awek, pakwe, makwe etc.)
(b) Tag lak benda ni kepada rakan blog anda (sekurangnya 5 orang)
(c) Kalau tak ikut peraturan, di mana keseronokan "TAG-TAGGED-TAGGING" ni...

-----1---cuma ingin di kenali sebagai IKMAL sahaja di dunia maya ni.-----2----agak tak banyak cakap---3----lebih banyak memerhati dan mendengar-----4-----dah habis blaja/konvo dalam sarjana muda sains (biologi marin)------5-----minat fotografi------6-------amat suka berenang-----7-------suka juga menyelam-----8-------BLOGGING menjadi satu kemestian----9------suka belajar--------10-----suka barangan seni kraf tangan gak-------11----klu ikut tahun 2010 ni, aku berumur 23 tahun-------12-----aku rasa aku dah tua berumur 23 tahun ni-----13------sangat mengimpikan keluarga lengkap & bahagia------14------ingin ada anak-anak & cucu-cucu yang comel----15-----suka tengok movie DVD di laptop-------16----kurang suka gi wayang tapi kalau gi pun layan jer-------17-----tinggi : 169cm----18----berat sekitar 57-59kg...maintain jer-----19----sukakan gaya yang "SIMPLE BUT NICE"----20-----kurang gemar pakai 'perfume' & gel rambut @ spray rambut----21-----tak pentingkan jenama, asalkan berpatutan & bergaya & mampu di miliki------22------lebih kepada alam----23-----sukakan pantai & air terjun.----


Nak 'TAGGING' kepada Blogger :
(a) Ahmadjoe (Walaupun sofi dah tagged budak ni)
(b) Ejaq the C1over
(c) Ashraf
(d) Id Chem
(e) Semua BLOGGER yang tak 'UPDATE' blog dia lebih dari 1 hari

Posted on Rabu, Februari 24, 2010 by Ismiqbal Abdullah

4 comments

23 Februari 2010


Semalam (22/02/2010) dengan perasaan yang begitu-agak-lebih kurang-semangatnya untuk gi 'jogging'..Kali ni aku ajak my junior, Dominic untuk menemaniku...

Tempat Biasa : Bukit Besar ...
Agak ramai jogging pepetang..tapi ini bukan 'entry' utama untuk saya ceritakan...

Selepas je balik jogging, singgah kat rumah saya untuk mandi & 'lite dinner" bukan candle light dinner ok! dengan mee sup..Kami pun bertolak jalan-jalan cari makan-sesambil-lepak...Mula-mula nak gi kat The 2 Cafe (link); tapi tutup lak..Then, menghala ke Noradzila Conner..pun tutup...ni tempat last kami nak gi..nasib baik buka..my favourite place!


Kami 'order' satu Sup Daging herba tapi bahagi dua orang di makan bersama roti
(seperti menu di atas)
Harganya AMAT berpatutan dengan rasa, keenakan, kuantiti dan kualiti ..
CUMA RM5.50 SAHAJA!


Minuman pula, Dominic 'order' : Teh Bunga Ais; Manakala saya 'order' : Kopi Arab (Adunan Sendiri)-rasa kopi memang adunan sendiri..agak lain dari kopi biasa-
terlintas gak nak minum rebusan tongkat ali tu..air tongkat ali tu memang 'pure'...warnanya jernih tapi pahit...

Sup Daging Herba yang di masak bersama tongkat ali, gingseng dan herba terpilih lain bersama roti...
__memang sedap!! dagingnya pun banyak...supnya pekat krim..__
__saya pun order satu lagi sup herba ni untuk di bawa pulang...kuantiti yang bungkus agak sedikit...so, makan sini je la kalau nak banyak__

Tinggal sisa jer....Alhamdulillah!!

Dominic kata,"ingatkan nak makan sikit jer,,,tapi TER lebih makan lak...."..hehhee!

p/s : saya memang suka masakan ala-cina..maybe coz masakannya kurang pedas (biasanya cuma pedas lada hitam jer), kurang berminyak, kurang manis dan kurang masin.

Posted on Selasa, Februari 23, 2010 by Ismiqbal Abdullah

12 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...