...::::Selamat Datang ke Perpustakaan Awam Negeri Terengganu::::.....

hehe! apa le aku wat kat perpustaan ni...rajin bebenor aku nak gi perpustakaan...
Alang-alang selesaikan beberapa hal di bandar, kami singgah ler ke Perpustakaan Awam Negeri Terengganu ni....Kalau lalu tu selalu ler...tapi kalau masuk dalam ntah bila kali terakhir aku masuk..Tahun lepas? 2 tahun lepas? masa sekolah menengah? haha!!



Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) merupakan sebuah Badan Berkanun Negeri, ia telah ditubuhkan di bawah Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu Bil.7 Tahun 1974 dan telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 6 Julai 1974.


Tetiba jer datang ilham untuk wat kad perpustakaan awam ni...
Mudah.Cepat.Murah
Dalam masa kurang 10 minit jer dengan bayaran keahlian RM2, kad keahlian perpustakaan pun dah siap untuk tempoh sah selama 3 Tahun.


Suasana dalam sekitar lobi perpustakaan awam terengganu...
Perpustakaan Awam Terengganu kalau tak silap saya merupakan perpustakaan terbesar di Terengganu.