[WELCOME TO MY ROOM]


huhu..bosannya..sementara tunggu hujan serik skit coz aku nk balik umah sewa,parent aku lak g shopping kat Giant..aku dgn bosannnye masuk dlm bilik aku snap ler benda2 yg terdapat dalm bilik aku (kat umah family..) . kebanyakannya benda yang aku ingin jadikan koleksi...

1. aku ni dalam proses nk kumpul poskad dan setem..ada poskad dari sabah & scotland jer...(huhu..ingt dia dalam ingatanku..)

2. sedihnya...hasil kumpul setem aku sejak darjah 3 rosak disebabkn adik2 aku yg selotape kat setem tu..sayang lak nk buang..huhu..simpan je r...(sebab tu aku nk kumpul balik setem ni..)

3. antara barangan tembaga yang terdapat dalam bilik aku..hehhehe...

4. penutup tin aluminuim pun jadi koleksi aku...

5. Ni hasil lukisan aku..(sebenarnya aku tiru jer..bukan tekap k..TIRU jer...aku tgk design bangunan yang menarik..daripada novel yg aku baca "REALM OF AIR")

6. batu & kayu pun x terlepas dari koleksi aku...batu tu amik kat Sekayu masa berkelah ngn family..kayu22 tu lak amik kat sungai blakang umah aku jer...bentuk kayu tu menarik jer...ada lubang2 yg terbentuk agak sempurna...ada org kata udang yg terbuk lubang2 tu sebagai sarang...
masa kecik2 dlu pun, aku & mmberkampung cari udang celah lubang kayu camni masa mandi sungai.

7. hahhaa..mmg dh bosan dh..ni le benda yg menebalkan dompet aku slama ni...
-IC-kad SIM-kad ATM-lesen moto-lesen SCUBA-resit-donor kad-kad nama

8. serangga ini masa ditemui mmg telah mati..jadi mngelakkan bentuk dah warnanya hilang serta dimakan semut..aku letak ler dlm bekas plastik.

9. koleksi cengkerang aku yang aku amik masa kat Pulau Bidong, ada program Survival Laut., tahun 2006 lepas...aku letak dalam bekas telur jer..

10. benda ni aku wat daripada timah aku aku cari dlm bateri kete..yg dah rosak ler..ingtkan nk wat keychain tp berat sagt nk masuk dlm poket..

11. lukisan ni (juga aku tiru daripada Cadcaptor Sakura..element air..hehhe...)

12. hasil kumpul duit syiling 1sen dan 5 sen..aku letak dalam bekas tembaga ni..(macam harta karun leprechaun lak..)

13. bentuk batu2 yg cantik juga menrik minat aku untuk mengumpul benda2 ni...
14. kumpul kulit kerang mmg benda yang aku x miss setiap kali aku g kat pantai..ntah ler..mmg sejak dari kecik suka ngn benda2 ni..just sebagai koleksi.

15. yang ni pun aku tiru gak dari kitab mana ntah...(TIRU ok..bukan TEKAP..)
16. minat lak aku nk kumpul duit syiling asing dan lama ni...(ada sesiapa nk sumbang kat aku x??)
17. benda ni aku wat sendiri gak..daripada dawai kuprum..xtau apa ke benda nama arca ni..xde nama lg...tp aku wat bentuk mcm triple gitu..

18. ni satu lagi hasil karya aku...black & white roses..sebenarnya benda ni hnya sati kadboard yang ada permukaan putih & Hitam..jadi aku try gabungkan kedua2 nya dengan 1 imej..

19. x sanggup aku nk buang baju ni..hadiah daripada seseorg...huhu.baju ni r masa aku kena eksiden 25/02/08 lepas...mmg aku sayang sagt2 baju ni..baju feveret aku...huhu..walaupun dah koyak & ada lg drah melekat..aku nk simpan gak baju ni sampai bila2...

*****