minggu lepas bebudak kos aku gi Tumpat, Kelantan utk subjek Ekologi Muara Bakau....(klate...)..
MISI PAYA BAKAU...hehhehhe....
kat sana kitorang duk kat Chalet Pantai Sri Tujuh....bilik aku 5,6 org gitu ler....
macam2 gak r kitorang wat sana.....

1- mengira bilangan pokok bakau yang ada dalam sana....ikut keluasan yang tertentu..
2-mengecam ikan yang ada kat kawasan muara (kitorang tak tangkap..diorang tahan pukat.)
3-penanaman anak pokok bakau kurap (Rhizophora mucronata) [pokok yang sedia ada di sana ialah pokok bakau minyak (Rhizophora apiculata)

aktiviti sampingan :
1- main bowling (2 game...)
2-mandi laut..( keruh ler air laut..maybe coz dekat muara kot..)
3-makan ikan bakar....(wahhhhh....!!!)

Marine Biology......
tengah dengar penerangan oleh pensyarah pasal cara2 nk ukur dan bilang pokok bakau..

Malaysia...negara yang kaya dengan tumbuhan bakau..
negara yang mempunyai ekosistem bakau yang terkaya di dunia..
negara yang mempunyai arang kayu bakau yang paling berkualiti di dunia.
(pensyarah aku yg bagitau...)



...:::joy's jumping:::....

bowling dalam KB Mall..

spesis ikan yang di pukat kat muara..
1-bari-bari
2-bakak daun
3-beliak mata
4-lidah
5-sebelah
6-gelama papan / gelama gigi jarang
7-sebekah


setelah penat (penat ker.....seronok jer...)..
berjaya seramai 73 org bebudak kos aku tanam 700 anak pokok bakau kurap (Rhizophora mucronata)

GOODLUCK BOYS...!!
ada yang tukang gali lubang untuk anak pokok..ada yang tanam..ada yang amik gambar (aku le tu....)


uisshhhh...kotor btol main lumpur kat sana..tapi 1 pengalaman yang menyeronokkn.
(berbakti kepada alam untuk kesejahteraan bersama)

ok team.....time to go home...CAMPUS UMT....


Sedikit maklumat untuk pengetahuan awam mengenai Hutan Bakau.

(http://www.dgukenvis.nic.in/A%20mangrove%20ecosystem.JPG)
(Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Bakau)
Hutan bakau penting untuk perlindungan kawasan pantai :
  • melindungi pesisir daripada kuasa fizikal seperti ombak yang menghakis pinggir pantaidan angin pantai yang kencang.
  • menstabilkan kawasan pantai dan bertindak sebagai penampan semula jadi terhadap ribut taufan.
  • tempat perlindungan beberapa spesies flora dan fauna yangmempunyai penyesuaian yang unik. Banyak spesies udang marin dan ikan mencari makanan, bertelur dan membesar di sini.
  • Kawasan bakau dan dataran lumpur yang berkaitan dengannya adalah tapak penting bagi burung-burung residen dan hijrah mencari makan dan bersarang .
  • mampu mengurangkan kesan ombak tsunami di sepanjang pinggir pantai di utara Kedah, Perlis dan Perak

Masalah hutan bakau

Hutan bakau tidak tahan dengan tahap gangguan yang tinggi dan amat sensitif terhadap :
  • penukaran tanah
  • penebangan hutan
  • penebusgunaan
  • pencemaran.
Banyak kawasan bakau ditebang untuk memberi laluan kepada kegiatan :
  • akuakultur
  • ternakan ikan dalam sangkar
  • kolam ternakan udang dan ikan air masin
  • Zon perindustrian yang berdekatan dengan pelabuhan
  • Pembinaan kawasan pangkalan nelayan
  • Pelabuhan dan tapak gudang kontena-kontena
  • Perbandaran dan perkampungan nelayan poinggir pantai.