Dari Jeti Teluk Pasu ke Pulau bidong kami naik bot khas fakulti kitorg..
sepanjang perjalanan tu kami lalu la Taman Tamadun Islam (TTI), Waterfront Pulau Kambing, Taman Syahbandar...bila keluar je ke laut luas tiada apa-apa nak tengok melainkan warna biru langit dan laut jadi tidur je..amik masa 2 jam lebih kurang...( coz malam tu aku tidur 2jam setengah je prepare barang-barang ni..)
Pulau Bidong : Stesen Penyelidikan UMT



prepare for PTA sampling..

23-25/11/2008 lepas aku g ler bersama 5,6 org kosmate aku ke Pulau Bidong..
melaksanakan Projek Tahun Akhir (PTA) aku...aku dah prepare untuk ni...
Inilah peluang aku untuk menyempurnakan keperluan graduat aku....(wish me luck..)
oleh kerana dah hampir musim tengkujuh..susah gak nak pindah barang dari Bot Besar ke bot kecil untuk ke pulau..tapi atas kerjasama semua ianya berjalan lancar...
Kami stay kat chalet yang sememangnya di bina untuk kemudahan penyelidik..selama 3hari 2 malam..

bergaya kat tempat pemandu Bot Fakulti..

**byk sgt pic nk upload jd aku edit pic ni..sorry klu x clear sgt..

perjalanan naik bot baru fakulti kami...gambar selebihnya semasa setting nak angkut barang...
malam yang bosan, aku tolong ler kawan aku ngan dia punya samples...
makhluk tu nama COT (Crown Of Thorn- Acanthaster plancii).pemangsa utama batu karang, sememangnya dihapuskan oleh divers..juga amat beracun..

preparation untuk PTA aku...
tajuk PTA aku:
"Fish Population Study Around and Within An Artificial Reef"
prepare pelampung, GPS, underwater camera


Dive 1:
masa ni takde gambar lagi coz aku ngan buddy aku prepare tali, pelampung untuk PTA site aku....

Dive 2:
selepas aku selesai kerja aku amik gambar ikan sekitar tukun tu..sesambil berenang ke pantai, amik ler gambar yang menarik...

Dive 3:
gambar2 ni plak amik sekitar tukun tu..PTA aku punya site...
ada nampak batu karang baru nak tumbuh, sponge, gamat, giant clam, landak laut, ikan buntal yang berehat situ...gorgonian (mcm kipas tu..) dan soft coral...

Diver 4:
leisure dive..(selaman suka2..)
dive ni kami selam kat belakang Pulau Tengkorak...memang sukar digambarkan dengan kata2 permandangan dasar laut..kat sini kedalaman 17 meter (Paling dalam aku pernah selam kot)
sayangnya tak dapat amik gambar banyak-banyak..bateri kamera dah habis....huhu..

ikan Nemo (Clownfish...) dan sea anemone memang tak dapat dipisahkan...
ada beberapa jenis ikan tak tau apa nama ...tapi menarik warna dia...
dunia bawah air yang amat menkajubkan...